24 Ogos, 2008

IRAMA DAN FORM

IRAMA DAN FORM
Rentak lagu caklempong biasanya bermeter dupel. Pergerakan irama dalam baris melodi biasa terdapat pada peringkat krocet, kuaver atau semikuaver sementara bit jatuh (downbeats) utama dimainkan pada peringkat krocet. Bentuk atau form dalaman sesebuah Iagu biasanya berbentuk bahagian dengan ulangan frasa melodi Seperti yang dapat dilihat pada Contoh I yang mewakili bahagian pertama lagu yang panjang, bentuk dalaman terdapat pada dua bahagian yang berbeza,iaitu bahagian A dan B.

Selanjutnya, dua bahagian dipisahkan kepada frasa seperti a, a], b, b] dan keseluruhan unit A dan B diulangi. Frasa melodi dalam lagu adalah seimbang dan simetrik. Dalam lagu Ran Kekek yang ditunjukkan pada Contoh 1, bahagian a dan b selalu muncul dalam frasa 4-bar (lihat Contoh 1, bar 4-7, 8-11, 12-15 dan 16-19).
Frasa a diulangi dengan beberapa variasi untuk memberikan paduan kepada baris melodi yang difokuskan pada kord-kord I dan V (dengan penambahan pic 7).

Sebagai perbandingan, kepelbagaian dapat dilihat pada frasa melodi bl dengan latarbelakang harmoni yang berbeza yang bertukar sementara pada kord IV dengan dominan ketujuh sekunder, V7/IV seperti dalam bar 15-16 dalam Contoh 1.

Dalam lagu caklempong kontemporari, rentak dram ditekankan pada bit jatuh (downbeat) utama bersama-sama dengan caklempong tingkah, sementara gitar atau alat bass akan menguatkan lagi latarbelakang harmonik pada bahagian tingkah dan saua. jika alat kibord digunakan alat itu akan meniru atau mencantikkan lagi baris melodi utama bagi caklempong gereteh.

Tradisi caklempong yang berkembang di Sumatera Barat dan Malaysia menggambarkan tradisi sinkretik tempatan dengan menggabungkan sistem tiunan barat, penggunaan skel diatonik, melodi-melodi tempatan dan alat muzik dari Barat dan Asia Tenggara

Tiada ulasan: