24 Ogos, 2008

ALAT MUZIK

ALAT MUZIK
Ensembel caklempong terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga set gong berbusut kecil yang disusun dalam barisan mendatar dan setiap set gong diletakkan pada rak yang ditentukan. Dalarn bidang muzikologi alat tersebut biasanya dikenali sebagai gongchime. Gong-chime adalah satu set gong kecil yang disusun secara mendatar pada rak dan alat ini boleh didapati di seluruh rantau Asia Tenggara. Di Tanah Besar Asia Tenggara, gong-gong kecil dan berbusut diletakkan pada rak yang berbentuk separa bulat seperti kyi-waing di Myanmar dan khong wong di Thailand. Di kepulauan Asia Tenggara rak dibina berbaris-baris seperti bonang di Jawa, trompong di Bali, kulintang di Filipina, canang di Semenanjung Malaysia dan kulintangan serta engkerumong di Sabah dan Sarawak.

Menurut tradisi Minangkabau yang terdapat di Sumatera Barat dan Semenanjung Malaysia, gong-chime dikenali sebagai caklempong (dikenali juga sebagai taklempong, celempong atau telempong). Terdapat pelbagai gaya kedaerahan dalarn instrumentasi dan repertoir yang juga menggambarkan kepelbagaian nama yang diberikan kepada peralatan muzik tersebut. Pada umumnya, gong berbusut mempunyai garispusat lebih kurang 14 sentimeter di bahagian atas, busutnya pula berukuran lebih kurang 2.5 sentimeter dan tinggi gong lebih kurang 8- 10 sentimeter. Gong dipukul dengan pemukul yang berbalut.

Bonang

Photobucket

Bonang Caklempong diperbuat daripada perunggu atau tembaga. Bentuknya sama seperti gong atau tetawak kecil. Saiznya sama besar dengan sebuah piring. Seperti gong, bonang juga mempunyai cembol atau tombol bulat di bahagian tengahnya. Bahagian inilah yang perlu diketuk. Bonang di atur atas dua baris tali yang telah diikat di dalam tepak Caklempong. Penalaan (tuning) boleh dilakukan dengan cara mengetuk permukaan bahagian dalam cembol untuk mendapatkan pic yang tinggi. Penalaan pic yang rendah ialah dengan cara mengetuk permukaan bahagian luar cembol.

Gereteh dan Sauwa

Photobucket




Caklempong Gereteh terdiri daripada 15 biji bonang yang disusun dalam nada C Major satu oktaf, termasuk 7 not pilihan. Seelok-eloknya satu Ensembel Caklempong mempunyai dua set Gereteh supaya Gereteh yang kedua dapat memainkan kaunter melodi.

Caklempong Tingkah
Photobucket


Caklempong Tingkah terdiri daripada lapan biji bonang yang bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan D. Permainan bonang tingkah banyak tertumpu kepada pengawalan rentak dan menghasilkan irama mengikut pukulan gendang. Ketukannya hanya melalu dan mudah dimainkan.

Sauwa
Caklempong Sauwa mempunyai lapan biji bonang. Bentuknya sama sahaja dengan Caklempong Tingkah. Bonang Sauwa diketuk mengikut corak irama ostinato dan bergerak mengikut kod melodi. Corak irama ostinato yang sesuai hendaklah terlebih dahulu diajarkan kepada pemain Sauwa. Notasi Caklempong Tingkah dan Sauwa tidak disediakan, hanya kod blok sahaja disediakan. Notasi untuk Sauwa bermula dari not E rendah (satu oktaf di bawah notasi Gereteh).

Gendang Ibu dan Gendang Anak
Photobucket


Gendang mempunyai dua saiz. Gendang ibu lebih kurang 2 sentimeter lebih besar daripada gendang anak. Baluh berbentuk cembung dan dua muka kulit gendang diperbuat daripada kulit kambing atau lembu yang diikat pada baluh dengan tali. Muka kulit gendang dipukul dengan tangan oleh dua orang pemain untuk menghasilkan rentak terhasil (resultant rhythmic pattern) melalui teknik permainan bertingkah

Bangsi dan Serunai
Photobucket


Photobucket


Serunai, Pupuik. Alat muzik erofon yang terdapat dalam ensembel caklempong tradisional sama ada bangsi (berbentuk rekorder, lebih kurang 17 sentimeter panjang) atau serunai (paip pelidah), atau pupuik (alat tiupan jenis pelidah daripada golongan daun kelapa. Bangsi diperbuat daripada buluh dengan 7 lubang jari yang dapat menghasilkan skel 7 pic yang berpadanan dengan nada gereteh caklempong.Serunai diperbuat daripada sebatang buluh yang kecil yang panjangnya lebih kurang 17 sentimeter. Di samping itu sebuah paip buluh yang lebih kecil berukuran 6 sentimeter dan mempunyai pelidah dimasukkan ke dalam hujung serunai. Serunai mempunyai 4 lubang jari dan menghasilkan muzik berasaskan skel pentatonik.

Pupuik terdiri daripada pupuik gadang (diperbuat daripada daun kelapa) dan pupuik tanduk (diperbuat daripada tanduk kerbau). Kebiasaannya, erofon ini membawa melodi yang sama dengan caklempong gereteh terutama dalam lagu yang dihasilkan.

Dalam ensemble caklempong moden, gereteh, tingkah dan saua dikekalkan, tetapi alat yang mengiringi ensembel tersebut mungkin juga gitar dan gitar elektrik, dram barat atau rebano (rebana), arkordion, mandolin serta alat lain. Lagu-lagu yang dimainkan adalah daripada repertoir randai tradisional hinggalah kepada melodi kontemporari atau sezaman

Rupabentuk, penjarian dan cara meniup bangsi adalah serupa dengan rekoder. Meniup bangsi adalah lebih mudah daripada meniup rekoder kerana bangsi boleh ditiup dengan kuat tanpa menaikkan tonnya. Bangsi diperbuat daripada jenis buluh yang baik di mana ianya direndam, dijemur dan diawet sebelum dijadikan bangsi. Serunai pula diperbuat daripada buluh tetapi jauh lebih kecil daripada bangsi. Serunai hanya berukuran lebih kurang 14 sentimeter dan hanya mempunyai 4 lubang. Serunai hanya boleh menghasilkan 5 not iaitu C, D, E, F dan G.

Kayu Pengetuk
Photobucket


Kayu pengetuk Caklempong berukuran kira-kira 22 sentimeter panjang. Satu pertiga daripada kayu pengetuk dibalut dengan tali gasing supaya apabila diketukkan ke cembul Caklempong hasil bunyinya tidak terlalu nyaring

Cara Memegang Pengetuk
Photobucket

Tiada ulasan: