Produksi Video
21 Ogos, 2009
lama dah tak merepek
06 Oktober, 2008
24 Ogos, 2008
SEJARAH
Muzik tradisional caklempong dibawa ke Malaysia oleh orang-orang Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan seawal abad ke-14'. Semenjak dari itu, tradisi caklempong yang berkembang di Malaysia terus mendapat pengaruh daripada tradisi Minangkabau di Surnatera. Dahulunya, caklempong bukan sahaja dimainkan sebagai hiburan kepada masyarakat umum tetapi juga semasa istiadat penabalan sultan. Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai upacara termasuklah upacara rasmi negeri dan perayaan kebudayaan seperti upacara perkahwinan.
Muzlk caklempong juga turut mengiringi pencak silat, tarian lilin, tarian piring dan tafian inai. Muzik ini juga terdapat dalarn drama tari randai. Dalarn sesebuah persembahan randai yang biasa dipersembahkan suatu masa rehat diberi kepada ahli kumpulan persembahan untuk mereka berehat. Pada kebiasaannya, jangka masa ini diisikan dengan lawak jenaka atau persembahan ensembel caklempong untuk mengekalkan perhatian para penonton.
Caklempong adalah alat muzik tradisional dari keluarga ideofon yang menggunakan skel diatonik. . Kini, caklempong ialah muzik tradisional warisan bangsa kebanggaan negara kita. Caklempong dimainkan melalui 3 jenis posisi iaitu, Cara Tegak - Bermain secara berdiri dimana bonang diletakkan di dalam tepak berkaki, Cara Duduk - Bermain sambil bersila tanpa tepak berkaki dan Pacik - Bermain sambil berjalan atau berarak seperti bermain kompang. Sebarang lagu kesukaan mana-mana daerah di Malaysia dan juga lagu masa kini boleh dimainkan mengikut rentak Caklempong.
Untuk majlis perasmian ,Caklempong selalunya digunakan sebagai muzik iringan di dalam sesuatu pertunjukkan silat atau tarian. Ianya digunakan juga di dalam majlis Diraja seperti istiadat pertabalan dan juga majlis keraian korporat. Di dalam majlis perkahwinan pula, Caklempong dipersembahkan untuk memeriahkan lagi upacara persandingan pengantin.
Di dalam tradisi dahulukala, muzik tradisional seperti Caklempong memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian mereka. Selain daripada sumber hiburan, muzik ini juga dapat menyatupadukan masyarakat dan penduduk setempat.
ALAT MUZIK
Ensembel caklempong terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga set gong berbusut kecil yang disusun dalam barisan mendatar dan setiap set gong diletakkan pada rak yang ditentukan. Dalarn bidang muzikologi alat tersebut biasanya dikenali sebagai gongchime. Gong-chime adalah satu set gong kecil yang disusun secara mendatar pada rak dan alat ini boleh didapati di seluruh rantau Asia Tenggara. Di Tanah Besar Asia Tenggara, gong-gong kecil dan berbusut diletakkan pada rak yang berbentuk separa bulat seperti kyi-waing di Myanmar dan khong wong di Thailand. Di kepulauan Asia Tenggara rak dibina berbaris-baris seperti bonang di Jawa, trompong di Bali, kulintang di Filipina, canang di Semenanjung Malaysia dan kulintangan serta engkerumong di Sabah dan Sarawak.
Menurut tradisi Minangkabau yang terdapat di Sumatera Barat dan Semenanjung Malaysia, gong-chime dikenali sebagai caklempong (dikenali juga sebagai taklempong, celempong atau telempong). Terdapat pelbagai gaya kedaerahan dalarn instrumentasi dan repertoir yang juga menggambarkan kepelbagaian nama yang diberikan kepada peralatan muzik tersebut. Pada umumnya, gong berbusut mempunyai garispusat lebih kurang 14 sentimeter di bahagian atas, busutnya pula berukuran lebih kurang 2.5 sentimeter dan tinggi gong lebih kurang 8- 10 sentimeter. Gong dipukul dengan pemukul yang berbalut.
Caklempong Tingkah
Sauwa
Gendang Ibu dan Gendang Anak
Bangsi dan Serunai
Dalam ensemble caklempong moden, gereteh, tingkah dan saua dikekalkan, tetapi alat yang mengiringi ensembel tersebut mungkin juga gitar dan gitar elektrik, dram barat atau rebano (rebana), arkordion, mandolin serta alat lain. Lagu-lagu yang dimainkan adalah daripada repertoir randai tradisional hinggalah kepada melodi kontemporari atau sezaman
Rupabentuk, penjarian dan cara meniup bangsi adalah serupa dengan rekoder. Meniup bangsi adalah lebih mudah daripada meniup rekoder kerana bangsi boleh ditiup dengan kuat tanpa menaikkan tonnya. Bangsi diperbuat daripada jenis buluh yang baik di mana ianya direndam, dijemur dan diawet sebelum dijadikan bangsi. Serunai pula diperbuat daripada buluh tetapi jauh lebih kecil daripada bangsi. Serunai hanya berukuran lebih kurang 14 sentimeter dan hanya mempunyai 4 lubang. Serunai hanya boleh menghasilkan 5 not iaitu C, D, E, F dan G.
Kayu Pengetuk
Cara Memegang Pengetuk
SUSUNAN ALAT
Skel
Skel
Pic-pic dalam muzik caklempong konteporari berdasarkan kepada skel diatonik barat terutamanya skel C major. Pic-pic yang biasa pada ensembel caklempong adalah seperti berikut:
Melodi lagu dinotasikan dengan menggunakan sistem nombor, walaupun terdapat berbagai-bagai kaedah notasi dan teknik permainan muzik tradisional di Malaysia dan Sumatera.
IRAMA DAN FORM
Rentak lagu caklempong biasanya bermeter dupel. Pergerakan irama dalam baris melodi biasa terdapat pada peringkat krocet, kuaver atau semikuaver sementara bit jatuh (downbeats) utama dimainkan pada peringkat krocet. Bentuk atau form dalaman sesebuah Iagu biasanya berbentuk bahagian dengan ulangan frasa melodi Seperti yang dapat dilihat pada Contoh I yang mewakili bahagian pertama lagu yang panjang, bentuk dalaman terdapat pada dua bahagian yang berbeza,iaitu bahagian A dan B.
Selanjutnya, dua bahagian dipisahkan kepada frasa seperti a, a], b, b] dan keseluruhan unit A dan B diulangi. Frasa melodi dalam lagu adalah seimbang dan simetrik. Dalam lagu Ran Kekek yang ditunjukkan pada Contoh 1, bahagian a dan b selalu muncul dalam frasa 4-bar (lihat Contoh 1, bar 4-7, 8-11, 12-15 dan 16-19).
Frasa a diulangi dengan beberapa variasi untuk memberikan paduan kepada baris melodi yang difokuskan pada kord-kord I dan V (dengan penambahan pic 7).
Sebagai perbandingan, kepelbagaian dapat dilihat pada frasa melodi bl dengan latarbelakang harmoni yang berbeza yang bertukar sementara pada kord IV dengan dominan ketujuh sekunder, V7/IV seperti dalam bar 15-16 dalam Contoh 1.
Dalam lagu caklempong kontemporari, rentak dram ditekankan pada bit jatuh (downbeat) utama bersama-sama dengan caklempong tingkah, sementara gitar atau alat bass akan menguatkan lagi latarbelakang harmonik pada bahagian tingkah dan saua. jika alat kibord digunakan alat itu akan meniru atau mencantikkan lagi baris melodi utama bagi caklempong gereteh.
Tradisi caklempong yang berkembang di Sumatera Barat dan Malaysia menggambarkan tradisi sinkretik tempatan dengan menggabungkan sistem tiunan barat, penggunaan skel diatonik, melodi-melodi tempatan dan alat muzik dari Barat dan Asia Tenggara
MELODI DAN TEKSTUR
Melodi dan Tekstur
Melodi bagi gereteh berasaskan skel C major dan biasanya bergerak secara bertingkat. Buktinya dapat dilihat dalam transkripsi lagu dalam contoh di bawah. Disini juga menunjukkan beberapa pergerakan melodi berlompat yang wujud pada akhir frasa tertentu [ lihat bar 7, 11, 15 dan 19]
Contoh lagu ikan kekek
Pada bahagian pertama lagu ini, tingkah dan satia menghasilkan ostinato yang berterusan, iaitu rentak 4-bit dengan corak kord harmonik tertentu yang berulangan. Ostinato dikenali dengan penggunaan irarna bertitik sernentara kord harfnonik berselang-seli di antara tonik dan dorninan.
Tekstur polifonik dalam muzik caklempong pada kebiasaanya membolehkan penonton mendengar hartnoni diatonik yang penuh seperti yang lahir daripada bahagian tingkah dan saua. Seperti dalam Contoh 1, kord utarna 1, - IV dan V digunakan secara menyeluruh dalam Iagu. Kadangkala kord dorninan sekunder (secondary dominant) memperindahkan lagi asas-asas harmoni (Iihat Contoh 1, bar 15). Dalam contoh ini, penambahan yang selalu yang digunakan adalah pic 7 pada kord dominan ( lihat contoh bar 4,6, 8, 10, 14 dan 18)
Penggunaan kord dipinjam daripada muzik barat dan ditarnbah atau dimasukkan ke dalam melodi ternpatan. Kebanyakan struktur kordal dimainkan dalam kedudukan menyongsang (inverted chords) supaya kord jarang didengar pada kedudukan perdu.
Teknik gubahan ini sering memberikan penekanan kepada baris melodi yang dimainkan oleh gereteh. Teknik ini juga menghilangkan rasa harmoni yang fungsian (functional) seperti yang biasanya didengar dalam muzik klasik Barat pada abad ke 17-19 dan juga muzik pop hari ini.